bunga

23 Nov 2012

SPA MOKOLI, RANAU

Sambung cerita ye..selepas menyoping ikan..kami meneruskan perjalanan menuju ke Kota Kinabalu...kami berhenti di SPA SG . MOKOLI, RANAU...Anaknda Yanie ajak kami singgah di sini untuk memberi ikan makan...makan daki daki kaki..ha..ha Bayaran masuk RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak kanak..Masa diberikan lebih kurang 20 minit kot untuk berspa dengan ikan KELAH..ikan keli pun ada weii....
Masuk sahaja kaki ke air berebut rebut ikan makan daki kaki kita you!!! Geli geleman digigit oleh ikan ikan ..besar besar lak tu....yang besar besar tu takde gigi..so tak sakit pun...tapi sejenis lagi yang kecil sikit..memang macam pirana..sakit dikunyah kunyahnya!! Tajam jugaklah gigi dia..tapi taklah sampai bercucuran darah!! macam gigit semut api gitu!! Nekcik rasa macam nak tangkap dan goreng jek yang besar besar tu!!! Mesti lemak berdaki kan!!


Mandi dengan ikan ikan ni..keluar nanti tinggal tulang rangka je cik abang ni kot!!! Melalak awek!!!

Siap disediakan kerusi...untuk cuci daki!!! Cantik kan pemandangan sungai ni...bersih dan nyaman berada di sini...

Yang bermisai   dan melopong tu lah ikan keli..besaaar!! Nasib baik bukan ikan sembilang..kalau tak berhentilah Nekcik makan ikan sembilang asam pedas..

Seronok kalau berkelah di sini kan..sambil panggang panggang ikan dalam sungai tu..gerenti sedaaap!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...