bunga

10 May 2013

SAKIT MENTAL???????????

SAKIT MENTAL???  OH TIDAK..MASIH WARAS LAGI...SETUJU TAK KAWAN KAWAN ??

Jom kita siasat orang yang buat kaji selidik ni..betol ke..kalau post gambar makanan yang kita masak lepas tu post.. di katakn sakit mental? Kalau sakit mental..rasanya nak masak pun tak boleh kan..kan..

Whatever lah ye..janji kita bukan termasuk orang yang depa kajiselidik tu....kita masak share gambar dan  resipi ...boleh cuba cuba kan...so mestilah kita waras untuk menyukat dan memasak..kalau salah mesti tak jadi kan!!! ha..ha..

Takpe kawan kawan..kegilaan memasak dan menggambar dan mengepos ini hanyalah satu kegilaan yang tidak menganggu ketenteraman awam..hanya menggoda nafsu makan!!!


SERI SAGU DURIAN

100 gm sagu di rendam 1/2 jam dengan air biasa
1 cawan santan
sedikit garam
Selepas di rendam..masukkan dalam acuan 8"
Dikukus bersama santan dan garam sehingga hampir masak..(30 min)

BAHAGIAN ATAS
60 gm tepung gandum
150 gm gula pasir
300 gm santan
1/2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
6 ulas isi durian...blend dengan sedikit air
garam
pewarna..sesuka hati
1 cawan air

CARANYA:
Kacau semua bahan hingga sebati..
Masukkan ke bahagian atas sagu yang telah dikukus
Lapik dengan plastik atau aluminium ..elakkan air jatuh ke permukaan seri sagu!!!
Kukus sehingga masak
Angkat sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk

Sangat seswaaii untuk buka puasa!!
Nyum nyum sejuuk di tekak
OK ..jangan lupa tangkap gambar dan poskan !!!
Ha ..haa




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...