Ini lagi satu pertemuan yang tak dijanjikan..terkejut nekcik bila nekcik melangkah masuk ke JPO ( buat pertama kalinya..) nekcik ditegur..ni nekcik yang tulis blog tu ke??? terkezuut i u..ada jugak orang kenal nekcik..kih..kih..kira glamer lah kan!!
Dia perkenalkan dirinya Roziah ( sebelah kiri nekcik tu)dari Selayang Baru..silent reader yang setia blog teratak 66!! Terima kasih Roziah kerana sudi membaca coretan nekcik ni...katanya dia suka baca tentang kembara orang pencen...yang turun naik bas dan train bila melancong ..he...he..seronok nekcik bersembang walaupun sebentar cuma...semuga kita berjumpa lagi ye Rozi...sempat bertukar alamat dan nombor talipon..so kalau sudi jemputlah singgah ke teratak 66....
Juga nekcik tak lupa tujukan untuk kakzakie tersayang...nekcik hanya lintas hormat jer ke JPO tu ( takut kakzakie marah tak singgah rumah dia he..he)...tak sampai sejam kami dah pun balik..kerana dah malam ..lagi pun nekcik tak nyopink pun...orang pencen!! sekadar nak tengok cam mana rupa JPO yang selalu di sebut sebut tu...
Panjang sudah bicara..semuga terubat rindu yang lara...nekcik mohon berundur seketika...semuga kita dipertemukan semula....insyaallah
Di sini jugak ingin nekcik hulurkan salam ukhwah untuk semua sahabat handai...andai ada kelapangan dan kesudian jemputlah singgah ke teratak 66..cuma harap call dulu sebab takut nekcik keluar..tak kiralah walau selepas syawal berlalu
|