bunga

23 Aug 2014

Food BANANA CRUMBLES MUFFIN

Salam penghujung Syawal kengkawan semua...Masih ada tamu lagi datang beraya? Ada lagi kuih raya tak..rumah nekcik dah takde kuih raya..tak buat dan kuih tunjuk pun tinggal botol jer!! Tapi jom kita hidang tamu dengan kuih panas ..fresh from the oven...simple jer...mari kita buat BANANA CRUMBLES MUFFIN..tergeliat sikitlah lidah tu kan..tapi sebenarnya hanyalah muffin pisang jer...





BANANA CRUMBLES MUFFIN
1 1/2 cawan  tepong gandum
1 sudu kecil baking powder
1 susu kecil bicarbonate soda
1/2 sudu teh garam
3 biji pisang sedang..dilecek
3/4 cawan gula caster
1 biji telor..pukul sekejap dengan garpu
1/3 cawan butter..dicairkan
1/2  cawan cranberry kering..di cincang kecil...boleh gantikan dengan lain lain seperti walnut yang di cincang

Untuk Crumbles
1/3 cawan gula perang *
2 sudu makan tepong gandum*
1 sudu makan butter*
1 susu teh serbuk kayu manis*..boleh tambah lagi kalau suka
Gaulkan semua  bahan* sehingga menjadi seakan serbuk roti

1 .Ayak sekali tepong..baking soda..baking powder
2. Campurkan pisang lecek..gula caster..telor..butter..pukul sekejap     dengan senduk kayu
3. Masukkan tepong dan gaul hingga sebati
4. Masukkan ke dalam papercup muffins..3/4 penuh
5. Taburkan bahan crumbles di atas muffins
6. Bakar pada suhu 140 C selama 20 minit...(ikut oven masing masing)
7. Sedia untuk di hidang pada tetamu..panas panas
8. Enak sekali sebab cumbles tu agak crispy
Sedaap bau kayu manis..dan garing


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...