bunga

9 Feb 2015

ZIARAH DAN JALAN JALAN TANJUNG PELEPAS

Salam semua...untuk kali ini jom ikut nekcik kembara ke selatan tanah air ..dokek jer..tak perlu terbang tinggi ye...mesti ramai dah dengar Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di negeri Johor yang nuun di hujung semenanjung tanah air...negeri kelahiran nekcik tuu..letaknya pun taklah berapa jauh dari kampong nekcik Pontian..setiap kali raya memang nekcik akan ke sini..kerana abang nekcik tinggal situ.....
Kali ini nekcik balik kerana menziarah abang yang tak sihat sejak beberapa minggu lalu...Abang nekcik ni dah umur 77 tahun..dan penglihatannya dah hampir 5 tahun tak berapa terang..mata sebelah selepas di bedah langsung tak nampak..so dia hanya menggunakan mata yang sebelah yang jugak amat kabur ..memang sedih kerana pergerakannya amat terbatas..namun dia gigih ke surau dengan bantuan kakak ipar....
Baru baru ini dia setuju untuk menjalani pembedahan mata yang sebelah itu untuk membaiki penglihatannya dan alhamdulilah pembedahannya berjaya walaupun hanya sebelah mata..dia amat gembira kerana senang nak mengaji katanya..kami jugak amat gembira bercampur terharu..kerana sudah 5 tahun dia tak dapat melihat wajah wajah kami dengan jelas...oleh kerana semua abang abang nekcik ada di sini..maka kami berombonganlah ke Johor untuk menziarahinya...seperti biasa rombongan diketuai oleh Tokpokcu..ahli rombongan nekcik kali ini juga terdiri dari warga emas Tokngah dan Tokyayi..serta cik bungsu...Maka selepas solat jumaat kami bergeraklah menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas..bersebelahan dengan kampong abang...
..Jom nekcik kongsikan cerita abang nekcik ni..dia bukanlah abang kandung nekcik sebenarnya..dia adalah anak yatim piatu yang dipelihara dari umur 8 tahun oleh keluarga kami..tetapi kami semua amat menyayanginya ..alhamdulilah Allah murahkan rezeki dia sehingga dapatlah menjadi gurubesar sekolah rendah..seperti yang di inginkan oleh arwah ibu beliau...nekciklah paling manja dengannya ..iyalah adik perempuan sorang..segala kemahuan nekcik semua dituruti..maka berlambaklah patung mainan dan set pinggan mangkok nekcik waktu kecik kecik dulu!!!


Yang kiri tulah Pakndak...alhamdulilah sihat dan ceria bila tengok adik adik datang..syukur alhamdulilah..Allah berikan kembali penglihatannya....senanglah dia nak mengaji dan jalan jalan ke suraunya

Syukurlah kami masih dapat makan bercerita dan..bergurau bersama..itulah salah satu nikmat kurniaan Allah di samping rezeki yang lumayan

Tengok tu..sayangnya Tokngah kat abang dia..siap kupaskan ketam untuk si abang!!! Kasih sayang hingga ke syurga..insyaallah
Jom tengok hidangan kami selama 1malam 2 hari di sini..
.

ketam fresh dari laut!!
Uols tau tak apa nama dia ni...ini namanya gong gong sejenis siput yang sangat sedap..tak perlu guna tukul untuk keluarkan isinya...hanya perlu sebatang lidi untuk cungkil keluar...


 ini pulak macam otak otak ikan..isi ikan di campurkan sedikit daun..dijadikan paste..boleh di bakar atau kukus..sedaap



Inilah rupa isinya..kakak ipar nekcik panggil pepes ...sedap sangat..



Ini pulak kuih lopis pulut..susah nak dapat kuih ori di KL...di sini pulut mentah dibungkus dalam bentuk tiga segi..disusun 5 keping lalu diikat dan direbus selama 3 jam..pulutnya jadi padat..bubuh air gula melaka..aduuuh sedap


Ini satu lagi makanan  kegemaran nekcik..putu piring kuning...hanya ada di Johor jer...yang ini ada rasa kunyit..rasa halba..wangi baunya....inti gula melakanya pulak banyak.....hilang gian
Oleh kerana rumah abang ni memang berhampiran laut..memang gembira sungguh kami dapat ke jeti..menunggu bot nelayan naik..seronok..tengok ikan ikan fresh dari laut..macam macam jenis ..ada yang tak pernah jumpa pon..Memang ceria Tokpokcu dapat milih segala ikan ..segala siput!!
Add caption



Ada berani nak makan ....ni namanya kerapu rimau!!!


Ini pulak lokan..sedap di rebus atau bakar atau masak kari (buang kulit kalau nak buat kari ye!)

Menangkap ikan merupakan mata pencarian penduduk di sini....banyak tangkapan mewah lah rezeki..tapi sikitlah sekiranya sebaliknya atau waktu musim ribut.....gigih sungguh mereka untuk menyara hidup keluarga...Nekcik dibesarkan selama 6 tahun diperkampungan nelayan Tanjung Pelepas sebelum dijadikan pelabuhan..dan masih ingat susahnya mereka apabila musim ribut dan tak dapat ke laut!! sehingga ada yang tak mampu nak beli susu anak!!.arwah bapak memang selalu beli barang lebih..senang sekiranya ada yang memerlukan!! Selama 16 tahun arwah bapak bertugas di sini ..mendidik anak bangsa dengan penuh kesabaran

Jom ke pasar

Nekcik nak jual minyak gamat  lepas nii

Rugi pulak tak posing..kat ala ala marina ni kan..seterusnya layan jerlah rakaman keindahan ciptaan Allah ini..mendamaikan..subhanallah

macam nak  tumpang naik bot..pergi tangkap ikan sembilang


Add caption

Ada 2 restoren besar di sini..nekcik tak boleh komen sebab tak masuk...ada yang teringin..cecubalah



suka tengok bot bot nelayan 

Add caption

So sesiapa yang teringin untuk melihat pokok bakau..kehidupan laut atau nak membeli ikan segar sila lah ke mari..google google lah ye!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...